fbpx

Dua penunggang motosikal maut bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua mangsa yang maut bertembung di Jalan Kebun, Shah Alam malam tadi.

SHAH ALAM – Dua maut termasuk seorang remaja lelaki apabila motosikal yang ditunggangi bertembung sesama sendiri dalam kejadian di Jalan Kebun malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam, mangsa dikenali Muhamad Danel Yusuf, 21 dan Mohamad Firdaus, 15, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian Muhamad Danel menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC manakala remaja tersebut menunggang Yamaha Y150.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila kedua-dua mangsa bertembung berdasarkan kerosakan pada bahagian hadapan dua motosikal tersebut.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd. Zulkifli Razak di talian 0194475767 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI