fbpx

Haqiem Rusli Paling Popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haqiem diumumkan sebagai Bintang Paling Popular 33.

PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer muda, Haqiem Rusli mencipta kejutan apabila dijulang sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Meraih sebanyak 22.3 juta undian peminat secara atas talian, kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan penyanyi lagu Lembah Kesepian itu berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta Nissan LEAF berharga RM181,263.

Dalam acara tersebut, pemilik nama penuh Ridzuan Haqiem Rusli, 22,  itu turut membawa pulang dua lagi trofi iaitu Penyanyi Lelaki Popular dan Lagu Paling Boom Popular bagi lagu Lembah  Kesepian untuk kategori online.

Sementara itu, Sherry al-Hadad, 36, turut merangkul dua trofi bagi anugerah iaitu Artis Komedi Popular dan Pengacara TV Popular.

Malam ABPBH33 turut menyampaikan Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat kepada Francisca Peter atas pencapaian dan sumbangannya terhadap industri seni tanah air.

Edisi ABP yang mengangkat tema #ABPBHKITA2020 tersebut turut mencipta sejarah penganjuran buat pertama kalinya tanpa kehadiran penonton bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai usaha mengekang penularan Covid-19.

Acara yang dihoskan Datuk AC Mizal dan Nabila Huda tersebut disiarkan secara langsung menerusi TV3. – K! ONLINE

Senarai pemenang:

  1. Artis Baharu Lelaki Popular: Chubb-E
  2. Artis Baharu Wanita Popular: Isyariana
  3. Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia: Haqiem Rusli
  4. Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia: Wany Hasrita
  5. Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Siti Nordiana & Khai Bahar
  6. Pelakon Filem Lelaki Popular: Zahiril Adzim
  7. Pelakon Filem Wanita Popular: Mawar Rashid
  8. Pelakon TV Lelaki Popular: Ben Amir
  9. Pelakon TV Wanita Popular: Siti Saleha
  10. Artis Versatil Popular: Siti Nordiana
  11. Artis Komedi Popular: Sherry al-Hadad
  12. Pengacara TV Popular: Sherry al-Hadad
  13. Penyampai Radio Popular: DJ Lin

Anugerah Khas: Francissca Peter

Kategori  online :

  1. Gandingan Serasi Drama Popular: Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad)
  2. Gandingan Serasi Filem Popular: Syafiq Kyle & Mimi Lana (Pusaka)
  3. Lagu Paling Boom Popular: Lembah  Kesepian (Haqiem Rusli)
  4. Artis Kontroversi Popular: Aiman Tino
  5. FC #FANtastik Popular: Siti Nordiana FC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI