fbpx
Keadaan kedai yang diusahakan peniaga di kawasan Felda Gugusan Waha yang sebelum ini meriah dengan aktiviti ekonomi ditutup sebagai langkah berjaga-jaga diambil penduduk.

Penduduk ambil langkah berjaga-jaga, peniaga tutup kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Sebilangan besar peniaga di Felda Gugusan Waha di sini mengambil tindakan menutup kedai sebagai langkah berjaga-jaga susulan terdapat penduduk tanah rancangan berkenaan yang disahkan positif Covid-19.

Seorang penduduk, Md. Fazly Ismail 40 berkata, rata-rata peniaga mengambil keputusan itu kerana panik selepas mendapat tahu berita tersebut.

“Situasi di Felda Gugusan Waha kini dalam keadaan berjaga-jaga. Ramai pada awal setelah mengetahui kawasan Waha ada pesakit Covid-19 semua agak panik.

“Bagaimanapun tindakan diambil pihak pengurusan Felda dalam membantu penduduk dari segi mental dan fizikal berjaya mengawal keadaan itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, hasil perbincangan bersama ramai peniaga yang beralih kepada perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah-rumah agar ekonomi mereka tidak terhenti.

Md. Fazly yang juga mantan Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Simpang Waha berkata, sehingga kini penduduk di gugusan tetap mengambil langkah berhati-hati dan sangat menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh pihak kerajaan untuk menghentikan penularan wabak itu.

Dalam pada itu, ADUN Sedili, Rasman Ithnain berkata, beberapa hari ini kawasan dalam Dun berkenaan dilihat agak merisaukan terutama berkaitan pandemik Covid -19 yang melanda.

Jelasnya, sebelum ini Dun tersebut adalah kawasan zon hijau sebelum ujian saringan ‘swab test’ dilakukan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di Dewan Taman Sinar, Tanjung Sedili kelmarin.

“Begitu juga sebaliknya di kawasan Felda beberapa arahan untuk kuarantin juga telah dibuat. Kebanyakkan mereka yang terlibat ini adalah mereka yang bekerja sendiri sekaligus hilang punca pendapatan.

“Saya mencadangkan setiap penduduk yang memakai gelang putih dibekalkan barangan berupa bakul makanan bagi membantu meringankan beban dalam mengharungi tempoh tersebut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI