fbpx
Pasukan tindakan kecemasan membantu penduduk meninggalkan kediaman mereka di kawasan berhampiran Gunung Merapi. - Antara/ Aloysius Jarut Nugroho

Gunung Merapi diramal meletus, 1,294 penduduk dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YOGYAKARTA – Pihak berkuasa memindahkan 1,294 penduduk dari beberapa kawasan di Yogyakarta dan Jawa Tengah berhampiran Gunung Merapi selepas wujud tanda-tanda gunung berapi itu akan meletus.

Gempa  yang berlaku petang kelmarin dan data berkaitan menunjukkan cecair magma di bawah gunung itu  sedang naik ke atas.

Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) mengesahkan bahawa cecair magma di dasar Gunung Merapi semakin menghampiri kawahnya. 

Kawasan berisiko terjejas sekiranya letusan berlaku termasuk daerah Cangkringan di Kabupaten Sleman,  wilayah Yogyakarta dan  daerah Dukun, Selo serta  Kemalang di wilayah Jawa Tengah.

Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana(BNPB), Raditya Jati berkata,  pihak berkuasa tempatan telah memindahkan 835 penduduk di  Kabupaten Magelang, 203 di  Kabupaten Sleman, 133( Kabupaten Boyolali) dan 123 (Kabupaten Klaten).

“Mereka yang dipindahkan kebanyakannya adalah golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, bayi, ibu mengandung dan orang kelainan upaya termasuk ibu yang masih menyusu anak,” kata Raditya kepada portal berita Tempo.com.

Beliau juga memuji tindakan pantas pihak berkuasa yang segera memindahkan penduduk ke tempat selamat.

Katanya, pasukan kecemasan kini dalam keadaan bersiap siaga di pusat pemindahan bagi menyediakan khidmat kesihatan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN