fbpx

Kanak-kanak perempuan 12 tahun ditemui mati lemas di tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana ketika mayat mangsa ditemui selepas lemas di tali air dalam kejadian di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang semalam.

PARIT BUNTAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ditemui mati lemas di dalam tali air di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, difahamkan mangsa, Nurul Farah Dania Abd. Rahman bersama tujuh lagi rakannya mandi di tali air berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, ketika kejadian, ada seorang lelaki sedang memancing berhampiran kawasan tali air tempat mangsa mandi.

“Menurut lelaki tersebut, dia ternampak dua kanak-kanak hampir lemas di dalam tali air berkenaan sebelum bertindak terjun dan menyelamatkan mereka berdua.

“Seorang daripada mereka sempat diselamatkan lelaki berkenaan, namun Nurul Farah Dania tidak dapat diselamatkan sebelum lelaki berkenaan meminta bantuan daripada orang kampung untuk mencari mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Mazuki berkata, penduduk kampung akhirnya berjaya menemui mangsa yang juga murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Piandang itu pada pukul 6.30 petang sebelum membawanya ke Klinik Kesihatan Tanjung Piandang untuk rawatan kecemasan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan hasil bedah siasat di Hospital Parit Buntar mendapati mangsa meninggal akibat lemas.

“Tiada kesan jenayah pada badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI