fbpx

Beri peluang rakyat berniaga, jangan ada alasan – Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan Annuar Musa di Twitter berhubung isu pengumuman Wilayah Bebas Berniaga.

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menghormati setiap pandangan pelbagai pihak mengenai inisiatif Wilayah Bebas Berniaga yang diumumkan baru-baru ini.

Annuar berkata, beliau berharap semua pihak memberi peluang kepada kementerian untuk memudahkan rakyat mencari rezeki.

“Sya diberitahu pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk tindakan saya mengumumkan Wilayah Bebas Berniaga.

“Usah beri alasan ada undang-undang dan sebagainya. Permudahkan urusan rakyat saat sukar ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Semalam, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan mahu Annnuar memberi garis panduan jelas berhubung inisiatif berkenaan termasuk dari aspek undang-undang, kesihatan dan infrastruktur asas.

Sebelum ini, Annuar mengumumkan Wilayah Persekutuan akan menjadi Wilayah Bebas Berniaga selama enam bulan bermula 15 November ini.

Inisiatif itu dibuat bagi meringankan beban warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI