fbpx

Ara Johari berhutang sana-sini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARA JOHARI

PETALING JAYA – Penyanyi Ara Johari meminta sesiapa yang pernah memberi pinjaman wang kepadanya untuk tampil bersemuka bagi melangsaikan hutang berkenaan. 

Hal ini kerana ujar Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari , dia tidak suka apabila timbul cerita mengarut mengatakan dia berhutang sana sini. 

“Kalau saya ada berhutang dengan sesiapa atau terpinjam seringgit dua, boleh tak mesej terus kepada saya? 

PAPARAN Insta Story Ara Johari tentang isu hutang yang dibangkitkannya.

“Sebab saya tidak suka bila orang buat cerita mengarut. Walaupun kawan-kawan sendiri pun tidak boleh percaya sekarang,” tulisnya menerusi InstaStory sebentar tadi (semalam)

Tambah pelantun lagu Paku itu lagi, dia tidak suka apabila namanya dicanang dengan cerita tidak betul sedangkan akuinya dia tidak pernah berhutang dengan sesiapa. 

“Kalau kalian ada apa-apa masalah atau hutang dengan saya, sila tonjolkan muka anda. 

“Sebab saya tidak pernah berhutang sana sini dengan orang! Jadi jangan ingat kau boleh sesuka hati canang cerita aku sana sini. Saya paling pantang orang busukkan nama saya tanpa bukti,” luahnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI