fbpx

Suspek kes bunuh Siti Nur Surya buang bahan bukti ke dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian anggota penyelam PGM Wilayah Tiga yang melakukan pencarian bahan bukti kes bunuh Siti Nur Surya di dalam sungai di Telemong, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Suspek kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, dipercayai membuang sebahagian bahan bukti di dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, hasil soal siasat terhadap suspek, remaja perempuan berusia 19 tahun itu mengaku telah membuang beberapa barangan yang diambil dari rumah mangsa ke dalam sebatang sungai di Telemong di sini.

“Antara barangan dari rumah mangsa yang masih hilang dan dipercayai dibuang ke dalam sungai itu ialah sebuah beg yang mengandungi dokumen peribadi mangsa.

“Sehubungan itu, seramai sembilan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga telah dikerah untuk mencari bahan bukti tersebut mulai semalam,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! 2 November lalu melaporkan mayat Siti Nur Surya ditemukan mati dalam keadaan meniarap di ruang tamu rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Telemong di sini oleh adik bongsunya yang pulang dari sekolah pada pukul 2.30 petang.

Suspek yang juga rakan baik mangsa kemudiannya telah ditahan ketika memberi keterangan di Balai Polis Telemong di sini pada keesokan hari.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda telah membenarkan pelajar tingkatan enam tersebut direman selama 14 hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI