fbpx

Rins belum sedia mengaku kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RINS (kiri) ketinggalan 37 mata berbanding Mir tetapi dia enggan berputus asa dan nekad untuk memberikan aksi terbaik berbaki dua perlumbaan lagi. – AFP

VALENCIA – Pelumba pasukan Suzuki Ecstar, Alex Rins me­negaskan dia belum berputus asa untuk bersaing merebut gelaran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Meskipun dibezakan 37 mata dengan baki dua perlumbaan, Rins masih belum mahu me­ngibar bendera putih untuk memintas pendahulu kejuaraan yang juga rakan sepasukan, Joan Mir.

Pelumba berusia 24 tahun itu percaya perebutan kejuaraan masih lagi terbuka memandang­kan saingan musim ini masih belum tamat dan dia sedia memberikan cabaran kepada rakan sepasukannya.

“Saya dibezakan 37 mata dengan Joan (Mir) pada ketika ini. Secara jujur, saya tidak percaya perebutan kejuaraan sudah tamat kerana apa-apa sahaja boleh berlaku.

“Sudah tentu saya akan berikan segala-galanya untuk merapatkan jurang mata dengan Joan. Saya fikir peluang masih ada biarpun dia sentiasa menampilkan tunggangan konsis­ten,” kata Rins.

Tambah Rins, dia berharap boleh mengulangi tunggangan terbaik yang ditampilkan pada Grand Prix (GP) Eropah di Litar Ricardo Tormo Ahad lalu.

“Pada perlumbaan terdahulu, saya berjaya mengharunginya dengan baik. Saya sangat gembira apabila menamatkan perlumbaan itu di tempat kedua,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI