fbpx

Moonbyul langsing tanpa diet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOONBYUL

SEMUA anggota kumpulan Mamamoo mempunyai gaya dan rahsia diet harian demi memastikan bentuk badan masing-masing kekal langsing.

Tampil menjadi artis undangan dalam program Boss In The Mirror untuk mempromosikan kemunculan semula mereka dalam industri dengan album baharu berjudul Travel, setiap anggota Mamamoo berkongsi perkara tersebut dengan penonton.

Solar mendedahkan, dia hanya makan kimbap tanpa nasi dan konjac tteok-bokki, sementara Hwa-sa pula mengamalkan diet ekstrem dengan mengambil telur dan pisang. Whee In pula cuma mengambil salad sebagai menu harian.

Bagaimanapun Moonbyul mengejutkan semua orang apabila mendedahkan dia tiada diet khas untuk kekal langsing. Dia hanya mengambil makanan normal dengan hidangan penuh setiap hari dan tidak lagi mengamalkan diet sejak hilang sebanyak 15 kilogram (kg) sewaktu memulakan debut.

Ketika itu, berat badan Moonbyul ialah 60kg sebelum turun menjadi 45kg.

“Saya agak berisi ketika memulakan debut sebelum berjaya hilangkan 15kg dengan hanya makan kentang manis. Selepas itu saya menyedari berat badan saya sukar naik,” ujarnya memetik laporan News1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI