fbpx

APM bantu agih air mineral kepada penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Lebih 500 botol air mineral diagihkan kepada penduduk Flat Samudera, Pulau Indah di sini bagi kegunaan menghadapi gangguan bekalan air hari ini.

Semua air minuman itu dibekalkan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) secara berperingkat di sekitar daerah ini dan Petaling.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Klang berkata, penghantaran air minuman itu dilakukan pihaknya selepas menerima panggilan untuk bantuan jentera pada pukul 8 pagi tadi.

“Empat anggota dan sebuah lori APM kemudiannya dikerah untuk mengambil dan mengagihkan air tersebut.

“Bantuan penghantaran itu melibatkan sebanyak tujuh empat kotak besar berisi lebih 500 air mineral,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi tersebut hari ini.

Ujar beliau, lima kakitangan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor bersama sebuah pacuan empat roda turut menyertai operasi tersebut.

Tambah jurucakap itu, semua minuman berkenaan selamat diagihkan kepada penduduk pada pukul 12.20 tengah hari tadi.

Seramai enam juta penduduk merangkumi 1,279 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam,Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air bermula 6 petang semalam.

Gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan lebih 1.1 juta pemegang akaun berpunca daripada pencemaran bekalan air mentah di Sungai Selangor.

Pencemaran bau seakan bahan pelarut dikesan di Sungai Selangor dan empat Loji Rawatan Air (LRA) telah dihenti tugas iaitu pada pukul 12.45 tengah hari.

Bekalan air kepada pengguna yang terjejas dijangka mula diterima secara berperingkat pada pukul 3 petang ini selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang beroperasi semula awal pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI