fbpx

Piala Malaysia kena tunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) menca­dangkan agar kejohanan bola sepak berprestij, Piala Malaysia ditangguhkan ke tarikh baharu.

Keputusan itu susulan Pe­rintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan oleh kerajaan melibatkan Semenanjung kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis bermula semalam sehingga 6 Disember depan kerana penularanan pandemik Covid-19.

Ismail Sabri berkata, meski­pun saingan Piala Malaysia dilangsungkan tanpa penonton, bola sepak adalah sukan bersentuhan yang boleh mendatangkan risiko jangkitan Covid-19 yang tinggi terhadap semua pemain.

“Saya minta maaf kepada peminat bola sepak. Hasil me­syuarat yang dibuat bersama KKM, kami bersetuju untuk mengesahkan saingan Piala Malaysia perlu ditangguhkan ke satu tarikh baharu kemudian.

“Walaupun saingan dilangsungkan tanpa penyokong, namun setiap sentuhan dengan peluh yang dikeluarkan oleh pemain dianggap berisiko dan berbahaya dalam menularkan jangkitan Covid-19.

“Saya harap semua bersabar, apabila keadaaan kembali se­perti biasa, pertandingan boleh diadakan tanpa penonton. Apa yang pasti, frontliners (barisan hadapan) telah berusaha keras untuk memutuskan rantaian Covid-19 ketika ini,” katanya pada sidang akhbar harian Covid-19 semalam.

Ini bukan kali pertama saingan Liga Malaysia (Liga M) ditangguhkan kerana sebelum ini aksi Liga Super dan Liga Premier telah ditunda lebih lima bulan pada Mac lepas, selain Piala Malaysia yang turut dipinda bermula Oktober lepas ke bulan ini.

Sebagai rekod, aksi Piala Malaysia sudah pun membuka tirai pusingan pertama dengan lapan pasukan bakal berentap di pentas suku akhir dengan jadual perlawanan sudah dikeluarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI