fbpx

Penganggur ugut bunuh ibu, adik kerana dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBILAH pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk mengugut ibu dan adik perempuannya dalam kejadian di Labu Besar, Kulim semalam.

KULIM – Seorang penganggur sanggup mengugut untuk membunuh ibu dan adik perempuannya bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu, lelaki berusia 34 tahun terbabit dikatakan mengacukan sebilah pisau ke arah ibu kandungnya berusia lingkungan 60-an dan adiknya berusia 29 tahun.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, suspek yang dipercayai dalam pengaruh dadah bertindak sedemikian untuk meminta wang dipercayai bagi membeli dadah.

“Kedua-dua mangsa yang ketakutan terus melarikan diri dengan keluar dari rumah sebelum meminta bantuan daripada jiran dan polis,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, polis menerusi Ops Cantas kemudian menahan suspek di hadapan sebuah rumah di Kampung Padang Ubi di sini kira-kira pukul 5 petang, hari yang sama.

“Sebilah pisau berukuran 21 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek di rumahnya dirampas,” ujarnya.

Menurut Azhar, siasatan mendapati suspek sering mengamuk dengan merosakkan barang di dalam rumah.

Tambahnya, suspek yang positif dadah jenis methamphetamine direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI