“AKU baru sedar kepadamu ya Tuhan setelah aku melangkah pintu penjara ini. Aku selama ini tidak pernah ingat kepada penderitaan ini. Tapi apakan daya Tuhan maha mengetahuinya.” Itulah coretan yang ada pada dinding sel di Penjara Pudu yang sempat dirakam dalam bentuk gambar oleh Nazaruddin Abdul Hamed, 49. Nazaruddin sempat merakam coretan tersebut hampir 10 tahun lalu sebelum penjara tersebut dirobohkan untuk tujuan pembangunan. Idea untuk merakam gambar Penjara Pudu hadir setelah dia melihat berita bahawa ia akan dirobohkan untuk……