fbpx

Hari Sukan Negara 2020 dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) mengambil keputusan untuk membatalkan Sambutan Hari Sukan Negara 2020 (HSN 2020) dengan mengambil kira situasi peningkatan jumlah kes Covid-19.

KBS dalam satu kenyataan berkata, keputusan untuk membatalkan sambutan HSN 2020 merupakan langkah berjaga–jaga kementerian untuk mengelakkan risiko penyebaran Covid-19 dalam kalangan masyarakat dan demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.

Katanya, ia adalah selaras dengan kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan bertarikh 2 Oktober lalu berkenaan penangguhan sambutan tersebut dengan mengambil kira situasi peningkatan jumlah kes Covid-19 pada awal bulan Oktober lalu.

“Semua penggiat sukan diingatkan untuk kekal sihat dan aktif serta sentiasa menjaga diri dan mengamalkan Garis Panduan Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan yang berkuat kuasa,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada 2 Oktober lalu memaklumkan kementerian mengambil keputusan untuk menangguhkan sambutan (HSN 2020) yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10 Oktober lalu ke satu tarikh bersesuaian yang akan diumumkan kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI