fbpx

62,490 pulang ke negara sejak 24 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 62,490 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai hingga semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka telah ditempatkan di 67 buah hotel dan 20 premis lain termasuk institut latihan awam serta institusi pengajian swasta, antaranya di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Daripada jumlah itu, seramai 9,315 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 384 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Seramai 52,791 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, mereka telah pulang dari 36 buah negara, antaranya Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja dan Singapura. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI