fbpx

Tiga port dadah dimusnahkan AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa perlu memperhebatkan lagi usaha untuk membanteras aktiviti penagihan dadah bagi menyelamatkan generasi akan datang.

SABAK BERNAM – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) memusnahkan tiga buah ‘port’ penagihan dadah di daerah ini, baru-baru ini.

Ketua Pegawai AADK Sabak Bernam, Zulazli Hashimuddin berkata, ketiga-tiga sarang penagihan dadah itu melibatkan kawasan hutan paya bakau dan ladang kelapa sawit di Sungai Besar dan Sungai Burong.

Katanya, kesemua sarang penagihan ini dimusnahkan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Sabak Bernam, Majlis Daerah Sabak Bernam.

“Lokasi itu dikesan menerusi Ops Rentas dijalankan pihaknya dalam membasmi penagihan dadah di negeri ini.

“Kita telah meletakkan lima orang anggota penguatkuasa di setiap lokasi terpilih selain penggunaan dron bagi memantau kemasukan pengedar dan penagih,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan seramai 76 penagih dadah berjaya ditangkap bermula Januari hingga Oktober lalu.

Jelas Zulazli, mereka yang ditahan berusia 18 hingga 61 tahun selain dadah yang menjadi pilihan suspek adalah jenis heroin, syabu dan ganja. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI