fbpx

1,755 kes, dua kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kali keenam negara merekodkan kes harian melebihi 1,000 dalam tempoh kira-kira dua minggu dengan 1,755 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 38,189 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tiga daripadanya merupakan kes import membabitkan dua warga Malaysia dan seorang warga asing yang tiba dari Arab Saudi, Afrika Selatan serta Myanmar.

“Terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19 hari ini menjadikan sebanyak 279 kes terkini iaitu melibatkan seorang wanita berusia 67 tahun di Hospital Duchess of Kent, Sabah dengan latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan asma.

“Kematian ke-279 melibatkan lelaki berusia 54 tahun di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah mempunyai penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik dan strok,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat 83 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan manakala, sebanyak 726 kes pulih direkodkan hari ini menjadikan kes sembuh sepenuhnya sebanyak 26,380 kes. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI