fbpx

Lapan kilang berlesen buat pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loy Sian (berdiri) ketika menerangkan pencemaran air di Selangor dalam DUN Selangor hari ini. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mendedahkan pencemaran yang dilakukan di negeri ini oleh kilang berlesen dan bukan kilang haram.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Hee Loy Sian berkata, orang ramai mempunyai tanggapan yang salah dengan menuduh kilang haram kerana pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan arahan agar kilang tersebut ditutup sebelum berlakunya pencemaran.

Katanya, berdasarkan rekod, sebanyak lapan kilang berlesen di Selangor terlibat dalam pencemaran sungai.

“Dalam tempoh tiga tahun bermula 2017 hingga kini, sebanyak lapan syarikat yang terlibat dengan pencemaran sungai telah dikenakan tindakan undang-undang.

“Empat syarikat telah dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam pencemaran Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih, manakala selebihnya melibatkan LRA Sungai Selangor dan lain-lain,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar, Rizam Ismail di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan perkara perlu dilakukan dalam mengawal kilang sedia ada yang berlesen dan berdaftar mematuhi kawalan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“JAS sentiasa mengawal dan memeriksa sentiasa kilang sedia termasuk membuat kawalan dan rondaan setiap hari dalam tempoh 24 jam di lembangan sungai,” katanya.

Loy Sian yang merupakan ADUN Kajang turut memaklumkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempunyai senarai lengkap jumlah kilang haram yang terlibat dalam pemutihan bagaimanapun gagal mendedahkannya.

“LUAS ada senarai lengkap. Sepanjang sungai 50 meter telah digazetkan dan tiada penempatan kilang yang dibenarkan beroperasi.

“Kita sudah arahkan pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan jika wujud kilang haram di sepanjang sungai berkenaan. Sekarang kita tiada masalah dengan kilang haram,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI