fbpx

Ika Nabella berjinak-jinak bertudung, mohon doa terus istiqamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar Ika Nabella di Instagram miliknya.

PETALING JAYA – Pelakon Ika Nabella kini dalam proses menyesuaikan diri untuk bertudung.

Ika atau nama sebenarnya, Ika Nabila Abdul Rahim, 31, berkata, dia mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

“Saya sedang menyesuaikan diri dengan imej baharu ini. Saya sedang mencuba untuk menjadi seorang muslimah, isteri dan ibu yang baik.

“Tolong doakan untuk saya terus istiqamah dan saya berharap menjadi contoh terbaik kepada anak saya,” kata pelakon telefilem Pinggan Tak Rentak, Nasi Tak Dingin Raya itu kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Ditanya sejak bila dia mula terbuka hati untuk bertudung, jawab Ika, dia belum bersedia sepenuhnya untuk berkongsi berita tentang penghijrahannya kepada orang ramai.

“Maaf, saya segan dengan soalan macam ini. Saya tidak bersedia untuk berkongsi lebih lanjut dan kemudian dijadikan bahan berita,” katanya.

Terdahulu, Ika menerusi Instagram berkongsi beberapa buah video seperti memberi bayangan dirinya sudah bertudung.

Bukan itu sahaja, dia turut berkongsi momen-momen bermakna melalui muat naik video saat melahirkan putera sulungnya, Muhammad Noah Zayn.

Ika dan suami, Muhammad Zaid berkahwin pada 30 Julai 2016 di Pulau Pinang.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Noah Zayn yang dilahirkan pada 23 Oktober tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI