fbpx

Duit mangsa diguna suspek membayar hutang diserah kepada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (kiri) dan anak-anaknya termasuk Nur Liyana Syuhada) menjaga Zaini yang terlantar di rumah keluarga mereka di Kampung Beladau Kepong, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Remaja perempuan berusia 19 tahun yang merupakan suspek kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail dipercayai menggunakan wang milik mangsa yang diambilnya untuk membayar hutang.

Ayah Siti Nur Surya, Ismail Muda, 58, berkata, beliau dimaklumkan perkara itu ketika dipanggil polis untuk melakukan pengecaman pada semalam.

“Saya dimaklumkan individu yang menerima duit tersebut telah memulangkannya kepada polis setelah berita kematian anak saya (Siti Nur Surya) dan penahanan suspek tersebar,” katanya dalam keadaan sebak ketika di rumah keluarganya di Kampung Beladau Kepong di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail menafikan dakwaan yang tersebar luas di media sosial kononnya gelang emas milik Siti Nur Surya juga dicuri suspek dalam kejadian pada Ahad lalu itu.

Menurut beliau, arwah anak kelima dari tujuhnya tidak memakai barangan kemas sewaktu kejadian.

“Arwah anak saya (Siti Nur Surya) tidak gemar pakai barangan kemas. Saya minta warganet tidak menyebar perkara tidak sahih di media sosial.

“Saya terkilan macam-macam perkara tidak sahih disebarkan sehingga mengganggu emosi ahli keluarga saya terutama anak bongsu (Nur Liyana Syuhada, 15) yang masih kemurungan sehingga hari ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI