fbpx

Dua lagi sekolah di Perak ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman Zakaria (tengah) mengibarkan bendera bersama 48 orang JPKK di Pejabat Penghulu Gunung Semanggol hari ini Sempena Hari Keputeraan Sultan Perak. - Foto Wat Kamal Abas

BAGAN SERAI – Dua buah lagi sekolah di Perak ditutup mulai hari ini selama tujuh hari berikutan penularan wabak Covid-19.

Sekolah terlibat ialah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Yahyawiah, Padang Rengas dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh.

Penutupan sekolah SABK Maahad Al-Yahyawiah ekoran dua pelajarnya positif Covid-19, manakala SMK Jati pula membabitkan seorang pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria mengesahkan penutupan sekolah tersebut.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol berkata, penutupan itu adalah untuk pembersihan dan disinfeksi nyah kuman oleh Kementerian Kesihatan  (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Katanya, sepanjang penutupan tersebut, pihak pentadbir sekolah diarahkan untuk memastikan semua guru dan murid di sekolah berkenaan dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah.

“Penutupan SABK Maahad Al-Yahyawiah dan SMK Jati Ipoh adalah sehingga 11 November dan sekolah akan dibuka semula pada 12 November,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan Bendera Negeri Perak kepada 48 orang Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk dikibarkan di setiap kampung selama sebulan sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.

Razman turut meminta masyarakat supaya memasang bendera bagi menunjukkan semangat cintakan kepada negeri dan negara yang merupakan lambang kedaulatan sesebuah negara.

Kosmo! Pada 29 Oktober lalu melaporkan, Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu, Taiping ditutup selama seminggu berikutan penularan wabak Covid-19 menjadikan ia sekolah ke-17 ditutup di Perak.- K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN