fbpx

Celcom sedang alami gangguan perkhidmatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara luahan orsng ramai di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Syarikat telekomunikasi negara, Celcom Axiata Berhad (Celcom) mengesahkan rangkaian telekomunikasi syarikat terbabit sedang mengalami gangguan perkhidmatan sejak pagi tadi.

Perkara itu disahkan syarikat telco terbabit melalui ciapan balas di Twitter menerusi akaun rasmi mereka kepada seorang pengguna.

Menurut Celcom, isu berkenaan sedang dibaik pulih oleh pihak teknikalnya bagi memastikan gangguan ini dapat ditangani segera.

Jelas syarikat itu, proses baik pulih berkenaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Disebabkan gangguan berkenaan, jutaan pengguna syarikat telekomunikasi terbabit tidak dapat mengakses data bermula awal pagi tadi.

Sementara itu, isu berkenaan telah menjadi bualan netizen di laman Twiter dan ramai yang berang kerana tidak dapat mengakses internet hari ini kerana ada dalam kalangan mereka sedang bekerja di rumah dan mempunyai kelas online.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI