fbpx

Aura Dilla Empire pentingkan produk berkualiti untuk para pelanggannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Nekad melepaskan jawatan sebagai jururawat, impian Nur Fadhilah Mohamad Puzi kini berbaloi kerana berjaya membina empayarnya sendiri dengan memiliki sebuah pejabat di Kompleks Usahawan di Kuala Terengganu, Terengganu.

Demi kejayaan syarikat milik­nya, Aura Dilla Empire, ibu kepada empat orang anak ini menggunakan kemahiran dalam ilmu penjagaan kesihatan sebelum ini membuat pelbagai kajian dan pembangunan untuk memper­kenalkan rangkaian produknya di bawah jenama Nurrifa.

Produk yang mula berada di pasaran sejak tahun 2018 memberi tumpuan terhadap pasaran golongan wanita, ibu dan kanak-kanak.

“Antara produk yang paling laris dalam kalangan pelanggan ialah Miracle Baby Cream dan Seeri Pastil Herba Wanita iaitu produk jamu gula-gula,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Nur Fadhilah menjelaskan, melalui sokongan daripada suaminya, Mohamad Ridhuan Hasmi, segala urusan perniagaan berjalan lancar dan turut disokong oleh lebih 120 wakil jualannya di seluruh negara.

Ternyata pendekatan itu mendatangkan hasil kerana rangkaian produk Nurrifa telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, khususnya bagi produk sulung syarikat iaitu krim natural bayi,” jelasnya.

Melihat kepada perkembangan menggalakkan bagi syarikat, beliau mengunjurkan jualan sebanyak 50,000 unit sebulan pada akhir tahun ini.

Keyakinan itu bersandarkan kepada sambutan produk Seeri yang memiliki keunikan di pasaran sebagai jamu moden.

Tambah beliau, ramai wa­nita jatuh cinta dengan produk itu apabila rasanya tidak pahit seperti jamu lain kerana seperti menguyah gula-gula berperisa lemon.

Mengulas lanjut, syarikat sangat mementingkan kualiti kerana setiap produknya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan dihasilkan di kilang bertaraf Good Manufacturing Practice dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI