fbpx

150,000 penduduk terlibat PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan Bayan Lepas di dalam Mukim 21 terlibat PKPB bermula esok hingga 19 November ini.

BALIK PULAU – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim 12, Daerah Barat Daya di sini yang akan berkuat kuasa esok melibatkan kira-kira 150,000 penduduk.

Mereka yang tinggal di kawasan seluas 26.7 kilometer persegi itu meliputi kawasan Bayan Lepas, Bayan Baru, Queensbay, Zon Perindustrian Bayan Lepas (FTZ), Sungai Ara dan Batu Maung.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pergerakan keluar dan masuk merentas kawasan tersebut tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPB sehingga 19 November ini, namun aktiviti ekonomi dan industri boleh beroperasi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan hanya pekerja yang mempunyai pas pekerja sah atau surat kebenaran majikan dibenarkan menjalankan tugas.

“Selain itu, hanya dua orang yang dibenarkan dalam sebuah kenderaan bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asas, perubatan serta lain-lain keperluan.

“Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak adalah tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, menurut beliau, perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres dan teksi serta e-hailing adalah dibenarkan beroperasi.

“Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal dan dijalankan secara individu dengan tidak melebihi 10 orang di kawasan sama serta terbuka juga dibenarkan.

“Institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, institut latihan kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak-kanak adalah perlu ditutup dalam tempoh ini,” katanya lagi.

Beliau berkata, kerajaan pusat akan mengeluarkan perincian SOP penuh sebagai rujukan semua pihak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI