WASHINGTON – Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) bertambah sengit setakat pukul 12 tengah hari ini (waktu Malaysia) apabila calon Parti Republikan, Donald Trump berada dalam laluan untuk memintas pencabarnya daripada Parti Demokrat, Joe Biden.
Trump yang setakat ini merebut 108 undi elektoral berbanding 131 yang diperoleh Biden, sedang mendahului di dua negeri utama iaitu Florida dan Georgia.
Florida dan Georgia masing-masing memperuntukkan 29 dan 16 undi elektoral.
Kemenangan di dua negeri tersebut membolehkan Trump menambah undi elektoral kepada 153 sekali gus memintas Biden.
Taikun hartanah itu telah mendahului pencabarnya melibatkan undi popular apabila beliau mendapat lebih 45 juta undi.
Calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 270 undi elektoral untuk memenangi pilihan raya tersebut. – AFP