fbpx

Polis giat buru bekas ahli Geng 24 Apache

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung K. Parameswaran diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ganesh Munisamy di talian 012-2765070.

KLANG – Polis giat mengesan seorang lelaki yang merupakan bekas Geng 24 Apache yang keciciran sepucuk pistol ketika pergaduhan dengan jirannya, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek dikenali K. Parameswaran, 31, itu merupakan bekas tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana menyertai kumpulan kongsi gelap.

Katanya, semakan juga mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk pernah dikenakan Akta Akta Pencegahan Jenayah (POCA) pada tahun 2009, pecah rumah dan mencuri kenderaan bermotor, samun dan dadah.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ganesh Munisamy di talian 012-2765070 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 197 ,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang bekas ahli kongsi gelap Geng 24 Apache yang keciciran sepucuk pistol jenis Smith & Wesson ketika bergaduh dengan jirannya di Taman Sentosa di sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian pukul 11.10 malam itu, suspek berusia 31 tahun melarikan diri sejurus menyedari kehadiran polis di kawasan tersebut.

Polis turut menemui enam butir peluru bertulis Gun Heaven di rumah suspek di kawasan berhampiran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI