fbpx

Perodua catat rekod jualan tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perodua mencatatkan prestasi jualan bulanan tertinggi dalam tempoh 27 tahun sejarah syarikat itu pada Oktober lalu dengan penjualan sebanyak 26,852 unit kenderaan.

Ia mengatasi rekod jualan tertinggi yang dicipta pada bulan sebelumnya, apabila 25,035 unit kenderaan berjaya dijual pada September 2020.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, kejayaan tersebut penting buat Perodua kerana ia membuktikan komitmen syarikat terhadap penghantaran kepada pelanggan secepat mungkin selain peranan dalam memulihara ekosistem automotif.

“Dalam bulan Oktober sahaja, kami telah membelanjakan sebanyak RM600 juta untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan, menghasilkan kesan penggandaan ekonomi besar kepada ekosistem automotif domestik yang terkesan akibat pandemik,” katanya dalam satu kenyataan.

Ekosistem automotif me­rangkumi pembekal komponen automotif, pengedar sah, stokis, agensi dan kontraktor selain rakan niaga tidak langsung seperti institusi kewangan serta syarikat insurans.

Pada Oktober lalu, Perodua menjual 8,052 unit Myvi, 6,738 Axia, 6,895 Bezza, 3,193 Aruz dan 1,974 Alza.

Myvi, Axia dan Bezza kekal sebagai tiga model kende­raan terlaris di Malaysia tahun ini.

Zainal Abidin

Menurut Zainal, pihaknya turut merekodkan pengeluaran bulanan tertinggi daripada kilang Perodua di Sungai Choh, Rawang pada Oktober dengan kapasiti pengeluaran berada pada paras 98 peratus.

“Ini dicapai dalam pematuhan prosedur operasi standard baharu yang perlu diikuti oleh setiap kakitangan dan rakan niaga, termasuk bekerja dari rumah serta ujian mandatori bagi mereka yang berada di zon merah.

“Dengan komitmen para pembekal, pengedar sah kami dapat menjual lebih banyak kenderaan dan yang paling penting, memastikan kepuasan pelanggan kerana kenderaan Perodua mereka dihantar dalam tempoh yang terdekat,” tambahnya.

Zainal berkata, strategi Pe­rodua seterusnya adalah memanfaatkan penawaran nilai dan kualiti dalam produk serta perkhidmatan.

“Daripada segi penyelenggaraan kenderaan, alat ganti kami mencukupi untuk memenuhi setiap keperluan kerana keba­nyakannya dikilang secara tempatan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI