fbpx

Maut selepas empat jam bertarung nyawa kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal yang ditunggangi mangsa

REMBAU – Seorang pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas maut selepas bertarung nyawa kira-kira empat jam dalam kejadian kemalangan berhampiran Masjid Kariah Bongek di kilometer 31, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa, Muhammad Nor Afandi Abdul Aziz, 20, beralamat di Bandar Baru Melawati, Selangor disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Rembau.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Anuar Bakri Abdul Salam, pihaknya menerima panggilan daripada pihak Hospital Rembau mangsa terbabit kemalangan berkenaan meninggal dunia kira-kira pukul 8.15 malam.

“Kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal jenis Yamaha ditunggangi mangsa dan kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh seorang wanita berusia 40an.

“Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian mendapati pemandu kereta telah cuai keluar simpang dari Simpang Kampung Bongek lalu telah dirempuh oleh mangsa yang bergerak terus dari arah jalan Seremban menghala ke Tampin.

“Akibat dari kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan di kepala dirawat di Hospital Rembau dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, pagi tadi.

Anuar berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan waris mangsa telah dimaklumkan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI