fbpx

Kerajaan belum bercadang laksana program insurans kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen.

PETALING JAYA- Kerajaan belum bercadang laksanakan program insurans kesihatan merangkumi semua rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Abdul Rahim Bakri berkata, ini kerana Malaysia antara negara di dunia yang mampu memberi kesihatan percuma yang komprehensif kepada rakyat berdasarkan prinsip ‘universal health coverage’.

“Peruntukan yang disediakan bagi maksud penyediaan perkhidmatan kesihatan pada tahun ini ialah sebanyak RM30.6 bilion.

“Walau bagaimanapun, kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif baharu bagi menambah baik faedah kesihatan iaitu skim MySalam yang memberi pelindungan takaful kepada penerima Bantuan Sara Hidup berumur 18 hingga 65 tahun bagi 45 penyakit kritikal,” katanya ketika menjawab soalan Datin Dr. Tan Yee Kew (PKR-Wangsa Maju) semasa sesi Dewan Rakyat di bangunan Parlimen pagi tadi.

Tambah beliau, kerajaan juga memperkenalkan Skim Peduli Kesihatan B40 (Peka B40) yang membabitkan bantuan kewangan kepada golongan tersebut.

Katanya, kerajaan juga harus berhati-hati dalam melaksanakan insurans tersebut.

“Kerajaan harus memastikan bahawa tiada pihak yang terpinggir dalam pelaksanaannya seperti kesilapan yang dilakukan negara-negara maju apabila mereka melaksanakan skim insurans, ia menjadikan kos perkhidmatan kesihatan lebih mahal,” katanya katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI