fbpx

Jualan Lexis PD merosot 80 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PORT DICKSON – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang sejak 14 Oktober lalu memberi kesan besar kepada sektor perhotelan di Port Dickson, tidak terkecuali rangkaian hotel popular di bawah pengurusan Lexis Hotel Group.

Presiden Lexis Hotel Group, Mandy Chew Siok Cheng berkata, pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menyebabkan berlakunya pembatalan tempahan sama ada untuk bilik hotel, acara dan mesyuarat di tiga buat hotel mereka di sini iaitu Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Hibiscus Port Dickson.

Katanya, walaupun PKPB me­libatkan kawasan yang terhad, ia memberi impak signifikan ke­rana Lembah Klang merupakan pasaran utama bagi pelancong domestik di hotel berkenaan.

“Kami telah mencatatkan penurunan kadar penghunian hotel sebanyak 80 peratus, yang seterusnya mengakibatkan penurunan kadar jualan 80 peratus.

“Trend kemerosotan ini dijangka akan terus berlaku jika PKPB dilanjutkan,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Mandy

Ekoran peningkatan bilangan kes positif Covid-19 di Lembah Klang terutama di Selangor dan Kuala Lumpur, kerajaan mengumumkan PKPB di kawasan ber­kenaan dilanjutkan sehingga 9 November.

Menurut Mandy, situasi sukar yang dialami hotel-hotel di Port Dickson ketika ini menyebabkan pihaknya terpaksa untuk mengambil langkah mengurangkan kos operasi.

“Kami tidak mempunyai pilihan selain mengurangkan per­belanjaan termasuk kos tenaga buruh.

“Industri perhotelan sukar menarik tetamu disebabkan PKPB dan peningkatan kawasan-kawasan zon merah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI