fbpx

Filem seram indie, Roh wakil Malaysia ke Oscar tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem Roh diilhamkan daripada filem klasik Jepun berjudul Onibaba.

PETALING JAYA – Filem seram terbitan Kuman Pictures Sdn. Bhd. berjudul Roh dipilih Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk mewakili Malaysia bagi penilaian Academy Awards ke-93 dalam kategori Anugerah Filem Cereka Antarabangsa yang dijadual berlangsung April depan.

Finas dalam satu kenyataan berkata, keputusan dibuat Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas yang merangkumi penggiat industri filem tempatan profesional dan berpengalaman.

“Pemilihan melalui proses penilaian terperinci berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan muzik, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem serta pematuhan peraturan pertandingan ditetapkan penganjur,” ujar kenyataan tersebut.

Sejak 2004, Finas mencalonkan sebuah filem tempatan untuk bertanding pada Academy Awards bagi kategori sama kerana setiap negara diminta menghantar pencalonan.

“Filem Roh meneruskan kesinambungan ini bagi edisi ke-93.

“Finas sudah membuka penyertaan dan menghebahkan kepada penggiat industri perfileman tempatan bagi menghantar penyertaan untuk dipertimbangkan bagi mewakili Malaysia.

“Selain itu, Finas menerima penyertaan yang amat memberangsangkan daripada penggiat industri filem tempatan,” ujar kenyataan tersebut lagi.

Roh turut menyertai acara lain seperti Festival Filem Antarabangsa Singapura; Festival Filem Jogja-NETPAC Asia; Festival Filem Udine Far East dan Festival Filem New York Asia.

Filem Roh diilhamkan daripada filem klasik Jepun berjudul Onibaba dan berlatarbelakangkan kisah zaman dahulu di pinggir sebuah hutan.

Sebelum ini, filem Roh lakonan Namron, Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq dan June Lojong menyertai pelbagai festival filem antarabangsa termasuk yang terbaru, TOHorror Fantastic Film Festival di Itali. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN