fbpx

Bekas juruterbang Malindo Air buka gerai jual makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azrin bergambar di hadapan gerainya Kapten Corner yang terletak di Boom Town Cafe di USJ 11, Subang Jaya dekat sini. Foto laman Facebook Prof. Madya Dr. Mohd. Izhar Ariff.

KUALA LUMPUR – Bagi meneruskan kelangsung hidup selepas diberhentikan kerja, seorang juruterbang terpaksa beralih arah menjadi tukang masak dan melupakan seketika kerjanya di awan biru sebelum ini.

Itu kisah yang dialami bekas juruterbang syarikat penerbangan Malindo Air, Kapten Azrin Mohamed Zawawi yang diberhentikan kerja susulan pandemik Covid-19 yang menyebabkan syarikatnya itu sukar untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.

Melalui perkongsian di laman Facebook Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff, Kapten Azrin mengambil insiatif membuka sebuah gerai menjual makanan di Boom Town Cafe di USJ 11, Subang Jaya.

“Kapten Azrin Mohamad Zawawi, salah seorang ‘pilot’ Malindo yang terpaksa diberhentikan kerja. Beliau ambil inisiatif buka gerai berniaga mi kari, bihun sup, laksa utara dan rojak buah di tepi jalan.

“Untuk kelainan (marketing), Azrin pakai uniform ‘pilot’ beliau semasa berniaga, sesuai dengan nama gerainya, Kapten Corner yang terletak berdekatan Boom Town Cafe di USJ 11, Subang Jaya,” katanya di laman Facebook semalam.

Pada masa sama, Mohd. Izhar turut memuji usaha yang dilakukan Azrin demi meneruskan kelangsungan hidup meskipun terpaksa berpanas dengan pakaian juruterbangnga itu.

Sehingga pukul 11 pagi tadi, hantaran yang dimuat naik Mohd. Izhar itu telah dikongsi lebih 1,100 kali dan hampir 500 pengguna Facebook telah meninggalkan komen pada hantaran tersebut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI