fbpx

Polis berkas 5 ahli Geng Tiban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Geng Tiban yang dipercayai terlibat dalam kegiatan kes pecah masuk pejabat dan curi tabung derma di daerah Ampang berjaya ditumpaskan susulan penahanan lima ahlinya pada Jumaat lalu.

Tangkapan terhadap lima suspek berusia 27 hingga 36 tahun itu dilakukan di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, tangkapan dibuat susulan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan barang berharga milik sebuah pejabat di Hata Square Jalan Mewah 1/3 Pandan selepas dipecahkan masuk pada 28 Oktober lalu.

Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan, polis menahan lima penganggur itu sebelum menemui beberapa peralatan yang dilaporkan hilang di pejabat berkenaan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, kumpulan ini aktif melakukan kegiatan pecah masuk pejabat dan curi tabung derma di sekitar daerah Ampang.

“Semakan lanjut juga mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek yang positif syabu itu kini direman selamat tujuh hari sehingga 6 November ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti kes lain yang berkaitan dengan kumpulan berkenaan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI