fbpx

Kontraktor, Subkontraktor SUKE didenda RM180,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek Lebuhraya SUKE yang masih dalam pembinaan

PETALING JAYA- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengenakan penalti berjumlah RM180,000 kepada kontraktor utama dan subkontraktor yang mengendalikan projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi- Ulu Kelang (SUKE).

CIDB dalam satu kenyataan berkata, penalti itu dikenakan ekoran kegagalan mereka menjalankan kewajipan memastikan keselamatan tapak binaan pada 19 September lalu.

“Kontraktor utama, MRCB Builders Sdn. Bhd. dikenakan penalti sebanyak RM80,000 manakala subkontraktornya, Makna Setia Sdn. Bhd pula berjumlah RM100,000.

“Kedua-dua kontraktor terbabit masing-masing dikenakan penalti mengikut Seksyen 34B(1)(C) dan Seksyen 34C(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994,” katanya di sini tadi.

Menurutnya, hasil siasatan CIDB turut mendapati subkontraktor itu tidak mengikut prosedur kerja betul selain mempunyai penyelia tapak yang tidak dikredit.

“Berikutan itu, subkontraktor itu diarah membuat penambahbaikan dalam prosedur keselamatan termasuk menghantar pekerja, penyelia tapak dan pengurus pembinaan untuk diakreditasi,” jelasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang wanita nyaris maut apabila keretanya ditimpa batu konkrit daripada struktur pembinaan SUKE yang jatuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Kejadian itu menyebabkan wanita berkenaan terperangkap di dalam kereta dipandunya yang remuk pada bahagian bumbung selepas ditimpa kepingan konkrit dianggarkan bersaiz satu meter persegi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI