fbpx
Anggota bomba mendukung seorang kanak-kanak untuk dipindahkan ke pusat penempatan sementara akibat rumah keluarganya dinaiki air di Kampung Batu 10, Skudai, Johor Bahru malam tadi.

Kampung Batu 10 banjir, 80 dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seramai 80 penduduk Kampung Batu 10, Skudai di sini terpaksa dipindahkan setelah kediaman mereka dinaiki air sehingga ketinggian empat kaki akibat hujan lebat malam semalam.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 6.52 petang.

Menurutnya, 13 anggota berserta tiga jentera termasuk sebuah bot dikejar ke lokasi kejadian.

“Kesemua 80 mangsa berjaya diselamatkan dengan menggunakan bot aluminium yang dibawa dan dihantar ke Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai.

“Operasi menyelamat itu turut dibantu anggota polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Mangsa yang diselamatkan terdiri daripada 44 orang dewasa, 35 kanak-kanak berserta seorang lelaki orang kelainan upaya.

Ujarnya, hujan lebat di kawasan berkenaan dilaporkan bermula sejak pukul 4 petang hingga 5 petang.

“Akibat hujan lebat itu, air di empangan terpaksa dilepaskan sehingga turut menyebabkan kediaman penduduk yang berhampiran Sungai Skudai dinaiki air,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI