fbpx
SALAH (tengah) didakwa sengaja merebahkan badan selepas Masuaku terpijak tumit kakinya sekali gus berjaya meraih sepakan penalti awal pagi semalam.

Lakonan Salah agak keterlaluan – Moyes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus West Ham United, David Moyes menyi­fatkan, pengadil terpedaya de­ngan lakonan pemain Liverpool, Mohamed Salah untuk meraih sepakan penalti yang menyaksikan pasukannya tewas 1-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi semalam.

Dalam aksi itu, West Ham berjaya mendahului menerusi jari­ngan Pablo Fornals sebelum The Reds bangkit memenangi perlawanan melalui sepakan penalti Salah dan percubaan daripada Diogo Jota.

Moyes, 57, mengakui, sangat kecewa dengan kelakuan Salah yang didakwanya sengaja memperbesar-besarkan terjahan da­ripada pemain pertahanan West Ham, Arthur Masuaku dalam kawasan kotak penalti The Hammers.

“Saya tidak tahu bagaimana penalti tersebut boleh diha­diahkan kepada Liverpool kerana­ sentuhan yang sangat minimum daripada Masuaku. Salah sengaja merebahkan badan dan reaksi­nya agak keterlaluan.

“Jika penalti tidak diberikan, mungkin kami boleh meraih keputusan positif pada perlawanan ini. Namun, ia sudah ber­akhir dan nasib tidak menyebelahi kami.

“Apa yang pasti, saya berpuas hati dengan komitmen semua pemain yang be­kerja keras sepanjang 90 minit perlawanan. Mereka berjaya memberi tekanan kepada Li­ver­pool yang sememangnya berada dalam kelas tersendiri,” katanya.

Keputusan tersebut menyak sikan rekod cemerlang West Ham tanpa kekalahan dalam tiga perlawanan EPL berturut-turut sebelum ini akhirnya lebur di tangan Liverpool. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI