fbpx

Jenazah Siti Nur Suria selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail menyiram air di kubur anaknya, Siti Nur Suria yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beladau Selat, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jenazah Siti Nur Suria Ismail, 19, yang mati dipercayai dibunuh rakan baiknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beladau Selat di sini selepas solat Isyak tadi.

Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian remaja berusia 19 tahun yang dihadiri lebih 200 orang termasuk ahli keluarga kecuali ibunya, Zaini Musa, 55, yang terlantar sakit barah otak.

Terdahulu jenazah Siti Nur Suria yang selesai dibedah siasat dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Beladau Kepong di sini pada pukul 6.30 petang.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa ke Masjid Beladau Selat di sini untuk disembahyangkan.

Kosmo! hari ini melaporkan mayat Siti Nur Suria ditemui adik bongsunya di ruang tamu berhampiran katil ibu mereka yang terlantar akibat kanser otak sewaktu pulang dari sekolah pada pukul 2.30 petang semalam.

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang juga rakan baik mangsa telah ditahan selepas memberi keterangan Balai Polis Telemong, Hulu Terengganu pada pukul 7.30 pagi tadi.

Suspek utama kes pembunuhan kejam itu dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret esok untuk direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI