fbpx
SEORANG lelaki berkostum melambangkan syaitan melompat di atas bayi dalam Festival Salto de Colacho di bandar Castrillo de Murcia, Sepanyol.

Percaya lompat bayi hapus dosa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK ada ibu bapa di dunia ini yang akan menyerahkan bayi mereka untuk mengambil bahagian dalam acara berbahaya dan berisiko tinggi.

Namun berbeza di Castrillo de Murcia, utara Sepanyol yang mana ibu bapa di situ membaringkan bayi mereka di atas tilam untuk dilompat dalam Festival Salto del Colacho.

Beberapa orang lelaki yang memakai kostum melambangkan ‘syaitan’ digelar sebagai El Colacho akan melompat melepasi sekumpulan bayi.

Sebelum itu, lelaki yang menjadi ‘syaitan’ itu akan memakai topeng dan berlari di sekitar bandar dengan membawa sebatan untuk mengejar mereka yang menghinanya.

Ia merupakan acara pemanas badan sebelum mereka melompat melepasi bayi-bayi yang di baringkan di atas tilam di jalanan.

Festival Salto del Colacho yang telah diraikan sejak tahun 1621 itu akan membaringkan sekumpulan bayi di atas tilam.

 

BAYI akan disusun di atas tilam sebelum acara lompatan dalam Festival Salto dek Colacho diadakan.

 

Kemudian sekumpulan lelaki mengenakan pakaian kuning yang melambangkan ‘syaitan’ akan melompat ke atas mereka.

Perbuatan tersebut dipercayai dapat menyingkirkan unsur jahat daripada bayi itu.
‘Syaitan-syaitan’ itu akan mula berlari dan melompat melepasi bayi-bayi tersebut sementara sekumpulan lelaki berwajah muram serta berpakaian hitam akan berbaris memukul gendang.

Selepas Colacho melakukan lompatan, bayi-bayi akan ditabur dengan kelopak bunga mawar dan diberkati oleh paderi sebelum ibu bapa masing-masing mengambil semula anak mereka.

Sejak berabad perayaan itu diraikan, tidak ada sebarang kecederaan direkodkan dalam kalangan bayi, tetapi ia bukan jaminan bahawa festival itu selamat sebaliknya ia merupakan perayaan yang paling berisiko di dunia.

Oleh itu, Pope sebelum ini iaitu Benedict XVI telah meminta paderi Sepanyol untuk menjauhkan diri mereka daripada acara tersebut.

Seorang pelancong yang ingin dikenali sebagai Wade Gravy berkata, acara itu cukup mendebarkan.

“Saya sangat risau lelaki itu terpijak bayi-bayi tersebut ketika melakukan lompatan tersebut.

“Syukur mereka selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

 

MASYARAKAT tempatan percaya acara lompat bayi dapat menghalau roh jahat ke atas bayi itu, selain dapat menghapus dosa seluruh bandar.

 

Asal-usul ritual itu tidak jelas, tetapi penganut Katolik di Sepanyol meraikan festival itu dengan penari yang memakai baju berwarna-warni seperti syaitan dan malaikat.

Castrillo de Murcia yang mempunyai populasi 500 orang menjadi terkenal kerana festival berbahaya itu dan pada hari ini, ia dianggap sebagai perayaan warisan budaya penting di tempat itu.

Festival Salto del Colacho berlangsung pada bulan Mei dan Jun setiap tahun di situ.

Ia adalah pertarungan antara kebaikan dan kejahatan yang dipercayai akan memberikan kehidupan lebih baik kepada bayi tersebut.

Di samping itu, acara tersebut juga dipercayai dapat membersihkan dosa asal bayi-bayi tersebut kerana orang Kristian percaya, semua manusia menerima akibat buruk ekoran Adam dan Hawa yang melanggar perintah Tuhan ketika di syurga.

Bukan itu sahaja, mereka juga percaya menerusi acara itu, akan mengusir dosa di seluruh bandar tersebut.

BERITA BERKAITAN