fbpx

Felda United, UKM FC tak layak Liga M 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FELDA United dan UKM FC tidak akan beraksi dalam saingan Liga M musim depan.

PASUKAN Felda United dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC dilaporkan gagal dalam proses penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat selepas kewangan pelabur baharu ke­dua-dua kelab itu didapati tidak kukuh untuk menampung kos pengendalian pasukan.

Setiausaha Agung Persa­tuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart­ Ramalingam berkata, kegagalan itu menyaksikan Felda United dan UKM FC tidak layak menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2021.

Katanya, walaupun kedua-dua pasukan sudah menyelesaikan proses penswastaan, namun timbul beberapa masalah berhubung sokongan korporat dan peruntukan sehingga menyebabkan mereka diminta memberikan penjelasan lanjut.

“FAM membuat keputusan Felda United dan UKM FC gagal dalam penswastaan FC bersyarikat. Dua pasukan ini tidak layak menyertai liga anjuran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) musim 2021 termasuk Liga Super dan Liga Premier,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, meskipun pengurusan kedua-dua pasukan sudah mendapatkan pelabur baharu, namun kedudukan kewa­ngan mereka dilihat masih tidak mampu untuk menjamin kebajikan pemain-pemain serta pegawainya.

Stuart menegaskan, pihak­nya memandang serius perkara berkenaan bagi memastikan tidak berlakunya isu masalah gaji dalam semua pasukan pada sai­ngan musim depan.

“Proses penswastaan FC bersyarikat Felda United sudah diluluskan. Namun Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menerusi siaran media bertarikh 5 Oktober 2020 menyatakan Felda United tidak akan menyertai Liga Super atau Premier bermula 2021.

“Keadaan itu memaksa pe­ngurusan Felda United, FUFC The Fighters Sdn. Bhd mencari pelabur baharu, namun kewa­ngan mereka tidak kukuh.

“Situasi itu sama dengan UKM FC yang mana pengurusannya, Varsity Boys Sdn. Bhd. gagal mendapatkan pelabur yang memiliki dana mencukupi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI