fbpx

4,000 pek maruku Deepavali untuk kakitangan penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thanabalan (dua,kiri), dan Chong Eng (tengah) meneliti kuih raya yang siap dibungkus di Jalan Mengkuang, di sini hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Snek maruku yang disediakan secara tradisional selama tiga hari berturut-turut bakal dimuatkan dalam 4,000 pek kuih raya yang akan diedarkan ke dua buah penjara negeri ini sempena perayaan Deepavali.

Pengerusi Pertubuhan Hindudharma Malaysia Cawangan Pulau Pinang, NS. Thanabalan berkata, sebanyak 250 kilogram tepung digunakan untuk menyiapkan snek terbabit bermula Jumaat lalu.

Katanya, lebih 40 sukarelawan bertugas sepanjang untuk menyediakan snek dan kuih raya yang akan dihantar ke Penjara Reman Pulau Pinang di George Town dan Penjara Seberang Perai di Jawi selewat-lewatnya Rabu ini.

“Aktiviti tahunan ini sebenarnya sudah dilaksanakan sejak 20 tahun lalu dan kali ini, kita menzahirkan penghargaan kepada kakitangan penjara yang bertungkus-lumus menjalankan tugas untuk mengekang penularan Covid-19 di negeri ini.

“Kita sedar kini adalah waktu yang sukar buat mereka kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga dan diharapkan sumbangan ini dapat menggembirakan petugas penjara,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Jalan Mengkuang, Butterworth di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam, Chong Eng, turut menyumbangkan RM5,000 bagi melancarkan program terbabit.

Terdahulu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Reman dan Kuarters Penjara Reman Negeri Pulau Pinang yang sepatutnya berakhir 28 Oktober lalu dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 11 November ini manakala PKPD Kuarters Penjara Seberang Prai di Jawi bakal tamat pada 4 November ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI