fbpx

TFC berdebar tunggu ‘musuh’ pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI memberikan arahan kepada barisan pemainnya dalam sesi latihan TFC baru-baru ini. – TERENGGANU FC

KETUA jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menyifatkan keputusan undian Piala Malaysia esok amat penting kerana ia bakal menentukan laluan mereka dalam kejohanan yang turut menawarkan slot ke pentas Piala AFC tahun depan.

Nafuzi berpendapat, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk melihat skuad Penyu melangkah ke pentas final seperti dilakukan dalam edisi 2018 ketika tewas kepada Perak.

“Memang undian itu amat penting kerana ia akan menentukan lawan TFC pada pusingan pertama yang seterusnya mampu menentukan nasib kami ke suku akhir.

“Saingan kali ini akan berlangsung dengan format perlawanan kalah mati tanpa saingan dalam peringkat kumpulan. Jadi, perlawanan pertama sangat penting dan selepas mengetahui lawan kami, barulah saya boleh me­rancang percaturan dengan lebih baik,” katanya.

Mengulas lanjut, Nafuzi me­ngakui sangat terhutang budi de­ngan jasa ‘sifunya’, Irfan Bakti Abu Salim yang banyak membantunya untuk mencapai tahap sekarang sehingga berjaya mengemudi TFC meraih pencapaian tempat ketiga Liga Super musim ini.

“Pencapaian ini bermula de­ngan pengalaman selaku penolong jurulatih kepada Irfan. Saya bersama dengan beliau sejak memulakan perjalanan karier daripada saingan Liga Premier sehinggalah TFC layak ke Liga Super pada 2018.

“Sebelum beliau melepaskan jawatan, Irfan memberikan sepenuh kepercayaan untuk saya mengemudi pasukan ini. Daripada situlah saya terus mendapat peluang sebagai ketua jurulatih.

“Kalau Irfan tidak beri peluang kepada saya untuk bekerjasama dengannya bermula tahun 2017, saya mungkin tidak akan mencapai tahap sekarang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI