fbpx

Pelan tindakan dibentang minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) pada sesi ketiga Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-71 Tuan Yang Terutama Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

MELAKA – Pelan tindakan menyeluruh untuk mengawal impak penularan wabak Covid-19 akan dibentangkan di Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada minggu hadapan bagi membolehkan dasar baharu dibentuk dalam kadar segera.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelan tindakan itu meliputi semua sektor termasuk bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial yang dipengerusikan oleh menteri masing-masing.

“Sembilan jawatankuasa kecil terdiri daripada pelbagai sektor termasuk bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial telah ditubuhkan bagi menghimpunkan cadangan-cadangan awal sebelum dibawa ke peringkat jawatankuasa induk.

“Cadangan itu mungkin akan dibentangkan pada minggu hadapan di peringkat MKN yang bermesyuarat setiap hari sebelum dijadikan dasar serta panduan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) pada sesi ketiga Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-71 Tuan Yang Terutama Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Mengulas lanjut Ismail berkata, pelan tindakan itu perlu segera dibentangkan di peringkat MKN dan penambahbaikan dibuat sebelum dibentuk menjadi dasar.

“Jika semua selesai, kita akan bentangkan kepada rakyat untuk dijadikan panduan semua,” katanya.

Menurutnya, pelan tindakan itu dibuat berdasarkan penilaian fakta dan pengalaman tindakan yang telah dilakukan kerajaan dalam mengawal Covid-19 sejak Januari tahun ini.

Ujarnya, MKN kini masih dalam proses menganalisis semua corak tindakan yang telah dilakukan dengan meneliti sampel yang mempunyai kesan baik yang mana ia kemudiannya akan digabungkan supaya dapat menjadi satu pelan masa hadapan untuk panduan semua.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI