fbpx

Padah ingkar kuarantin ke rumah nenek, gadis pakai gelang kuarantin dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang gadis berusia 17 tahun dikompaun ekoran ingkar arahan kuarantin di rumah selepas bertindak keluar ke rumah neneknya di Kampung Lumat pagi semalam.

BEAUFORT – Seorang gadis berusia 17 tahun dikompaun ekoran ingkar arahan kuarantin di rumah selepas bertindak keluar ke rumah neneknya di Kampung Lumat pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd. Razak berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu kira-kira pukul 10.44 pagi sebelum bertindak mengesan suspek di rumahnya yang terletak di Lumat Saujana.

“Hasil siasatan mendapati gadis berkenaan masih dalam tempoh kuarantin selama 14 hari dengan memakai gelang kuarantin

“Dia dikesan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan keluar dari rumah untuk ke rumah neneknya bagi urusan peribadi,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Azmir berkata, gadis terbabit didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Jangkitan Tempatan) 2020.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang awam supaya memaklumkan kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang memakai gelang kuarantin di rumah berada di tempat awam.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI