fbpx

Mereka baca perenggan 12 sahaja – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mahathir

PETALING JAYA – Kenyataan ‘membunuh berjuta-juta orang Perancis’ yang dikeluarkan pada Khamis lalu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diambil di luar konteks dan disalah tafsir.

Jelas Ahli Parlimen Langkawi itu, mereka yang melakukannya hanya mengambil satu bahagian daripada perenggan ke-12 iaitu; “Orang Islam berhak untuk marah dan membunuh berjuta-juta orang Perancis kerana pembunuhan pada masa lalu.

“Mereka berhenti di situ dan memberi gambaran bahawa saya menggalakkan pembunuhan orang Perancis, sekiranya mereka membaca tulisan itu secara keseluruhan dan terutama ayat berikutnya; ‘Tetapi pada umumnya orang-orang Islam tidak mengamalkan undang-undang, hutang darah dibayar darah.

“Orang Islam tidak berbuat demikian. Orang Perancis (juga) tidak seharusnya. Malah Perancis seharusnya mengajar rakyatnya menghormati perasaan orang lain,” jelas Dr. Mahathir menerusi penulisan di blognya hari ini.

Jelas Pengerusi parti Pejuang itu, kerana penyampaian di luar konteks oleh pihak yang mengambil catatannya, laporan telah dibuat terhadapnya dan dituduh menggalakkan keganasan.

“Facebook dan Twitter kemudian meminta pentadbir akaun Facebook dan Twitternya supaya menarik balik catatan tersebut, walaupun terdapat usaha untuk menjelaskan konteks kenyataan tersebut dan catatan tersebut dipadamkan.

“Tidak ada apa yang dapat saya lakukan dengan keputusan Facebook dan Twitter untuk memadam catatan saya itu. Pada fikiran saya, kerana mereka adalah penyedia kebebasan bersuara, mereka sekurang-kurangnya mestilah membenarkan saya menjelaskan dan mempertahankan kedudukan saya,” ujarnya.

Beliau berkata, itulah kebebasan bersuara bagi mereka. Di satu pihak, mereka mempertahankan orang yang memilih untuk menampilkan karikatur Nabi Muhammad SAW yang menyinggung perasaan dan mengharapkan semua umat Islam menerimanya atas nama kebebasan bersuara.

“Sebaliknya, mereka dengan sengaja menghapus bukti bahawa umat Islam tidak pernah membalas dendam atas ketidakadilan terhadap mereka pada masa lalu,” katanya.

Malah, beliau berkata, rayuannya agar Perancis menjelaskan mengenai keperluan untuk menasihat rakyatnya agar peka dan menghormati kepercayaan orang lain tidak dimasukkan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI