fbpx

Lelaki warga emas ditemui mati dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengeluarkan mayat seorang lelaki yang ditemui dalam kereta di tempat letak kenderaan di Jalan Merak Puchong Jaya hari ini.

SERDANG – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan di Merak Puchong Jaya malam tadi.

Mayat itu ditemui seorang wanita pada pukul 8.15 malam sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, hasil siasatan mendapati mangsa warga tempatan berusia lingkungan 60-an.

“Tiada sebarang kecederaan berunsur jenayah ditemui pada mangsa dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Balai Polis Puchong Jaya di talian 03 8075 2222. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI