fbpx

Selebriti media sosial Indonesia terima lamaran mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RiNI berusia 20 tahun dan berasal dari Makassar. – Instagram/Vierannii

JAKARTA – Seorang model dan selebriti media sosial mencuri tumpuan netizen apabila dia menerima lamaran mewah bernilai hampir 1.7 bilion rupiah (RM484,000) daripada teman lelakinya, baru-baru ini.

Rini Marianti yang baru berusia 20 tahun, dilaporkan akan menerima wang hantaran 100 juta rupiah (RM28,391), sebuah rumah berharga 1.5 bilion rupiah (RM427,128) dan set barangan kemas bernilai 30 juta rupiah (RM8,600), demikian menurut portal berita Tribunnews.com.

Jumlah keseluruhan yang bakal diterima oleh model kelahiran Makassar tersebut adalah 1.7 bilion rupiah. Wanita itu merupakan seorang model dalam program realiti popular Indonesia, One Pride MMA.

Detik Rini dilamar menjadi tular selepas dia memuat naik beberapa foto mengenainya di media sosial, 10 Oktober lalu.

Satu gambar tersebut menunjukkan dia dibawa bersiar-siar menaiki helikopter mengelilingi Pulau Bali sebelum mendarat di sebuah pantai persendirian.

Tertera di pasir pantai itu soalan ‘sudikah anda mengahwini saya, Rini?’ daripada bakal suami yang belum didedahkan identitinya. Lelaki itu dipercayai seorang pengacara dan juga ahli perniagaan.

Majlis perkahwinan Rini dijadualkan berlangsung di Hotel Rinra Makassar pada 30 Oktober ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI