fbpx

Felix muncul wira Atletico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FELIX muncul wira buat Atletico ketika menewaskan Red Bull Salzburg 3-2 pada aksi Liga Juara-Juara semalam

MADRID – Ketua jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone memuji impak penyerang sensasi, Joao Felix yang meledak dua gol untuk membantu pasukan menang 3-2 ke atas Red Bull Salzburg dalam aksi Liga Juara-Juara semalam.

Keputusan itu membolehkan Atletico meraih tiga mata pen­ting di peringkat Kumpulan A terutama selepas memulakan saingan Liga Juara-Juara dengan langkah kiri susulan tewas 0-4 kepada juara bertahan, Bayern Munich minggu lalu.

Kata Simeone, aksi yang dipamerkan oleh Felix semakin matang dan kini boleh menjadi sandaran buat pasukan jika terdesak memburu kemenangan seperti perlawanan kali ini.

“Bagi saingan kali ini, saya rasa ia bukan aksi mudah kerana pasukan berada dalam tekanan kerana Salzburg bermain cukup bagus. Namun, saya gembira kami tetap berjaya mengutip tiga mata penuh.

“Tidak keterlaluan untuk saya cakap kemenangan ini berpunca oleh Felix kerana dia sudah mula menunjukkan kematangan di hadapan gol dan saya sangat berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan kali ini.

“Jika dia terus bekerja keras, saya percaya landasan untuknya menjadi salah seorang pemain berkelas dunia cukup cerah tetapi segalanya terletak di atas komitmen yang boleh diberikan secara konsisteng.

“Selain Felix, Marcos Llorente turut menunjukkan peningkatan prestasi yang mana dia sudah semakin selesa dengan arahan taktikal yang diberikan agar memberi sokongan buat barisan serangan kami apabila diperlukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI