fbpx

SunCon terima kontrak bernilai RM333 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sunway ­Construction Group Bhd. (SunCon) telah menerima empat surat anugerah (LOA) daripada Lem­baga Lebuh raya Kebangsaan India (NHAI) dan F&N Group of Companies bernilai RM333 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan SunCon, Chung Soo Kiong ber­kata, LOA daripada NHAI adalah untuk membina lebuh raya dua lorong sepanjang 31.5 kilometer di Tamil Nadu, bernilai RM315 juta termasuk kontrak operasi dan penyelenggaraan selama 15 tahun pada RM850,000 setahun.

Menurut beliau, kontrak ber­kenaan diberikan kepada konsortium Sunway Construction Sdn. Bhd. bersama RNS Infrastructure Limited, iaitu syarikat tempatan yang terlibat dalam perniagaan pembinaan, pendidikan, hotel dan loji janakuasa.

Selain itu, SunCon menerusi subsidiari tidak langsungnya, Sunway Engineering Sdn. Bhd. memperoleh tiga LOA daripada F&N bagi pembinaan bumbung solar di Shah Alam dan Pulau Indah, Selangor serta Karak, Pahang dengan nilai keseluruhan RM18.1 juta.

“Kami berbesar hati kerana dapat mengukuhkan kedudukan sedia ada di India.

“Kami optimis SunCon berada pada posisi terbaik untuk memanfaatkan pelbagai peluang di pasaran sana.

“Di peringkat domestik pula, Kumpulan telah merekodkan kemajuan luar biasa dalam perniagaan tenaga baharu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut, Soo Kiong, SunCon telah berjaya mengatasi sasaran buku pesanan baharu berjumlah RM2 bilion bagi tahun kewangan berakhir Disember 2020, dalam suasana ekonomi yang mencabar kini.

“Termasuk projek yang baharu diumumkan, jumlah ke­seluruhan projek baharu SunCon adalah RM2.3 bilion.

“Ini mencerminkan prestasi berdaya tahan kami meski­pun dalam keadaan kemelesetan ekonomi dan kami berada pada posisi terbaik untuk terus mengejar peluang baharu, selari dengan pelan perkembangan kumpulan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI