fbpx

Orang upahan ceti haram dijel 14 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang samseng upahan ceti haram, (kiri/tutup mulut) terpaksa meringkuk selama 14 bulan di penjara kerana gagal membayar denda ditetapkan Mahkamah Majistret Kluang hari ini.

KLUANG – Seorang samseng upahan ceti haram terpaksa meringkuk dalam penjara selama 14 bulan kerana gagal membayar denda ditetapkan Mahkamah Majistret Kluang hari ini.

Hukuman itu diputuskan Majistret ND Arun terhadap, Sew Yee Fui, 26, selepas tertuduh gagal membayar denda sebanyak RM6,000 mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan RM2,000 atas kesalahan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, Sew Yee Fui, telah melakukan khianat dengan menyimbah satu tin cat merah ke atas rumah milik Lee Hin Keong, 57, di Taman Gunung Lambak di sini pada 1.38 petang 21 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati memiliki empat video lucah bersama satu gambar lucah pelbagai tajuk di Jalan Kluang ke Kota Tinggi, 4.07 petang 21 Oktober lalu.

Oleh yang demikian tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 292 Kanun (a) Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes dibawa Timbalan Pendakwa Raya Nur Zahida Muhammad Ruzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI